Sunday, April 18, 2010

Spa Qistina, Script Baru & Cerekarama@TV3

1. Spa Qistina season 3 @ astro

Dengan penuh semangat dan keterujaan.. saya pun langgan lah ABO @ astro semata - mata sebab nak tengok season 3 of Spa Q... tapi hampa... ceritanya sangat tak best. Script longgar. Conty banyak sangat yang lari. Jalan cerita tak best dan sorry to say.. Qistina is NK and NK is Qistina. Maaf..tapi Nanu tak berjaya nak bawak watak tersebut. Mungkin saya tak puas menonton Spa Q sebab dipendekkan jadi 13 eps dan ceritanya terpaksa dicompactkan untuk dihabiskan dalam jangka masa yang pendek. Mungkin sebab sebelum ni dah terbiasa dengan 60 eps of Spa Q. 60 hari of watching the drama dalaman keluarga Qistina. Hmmmm.... apakah akan ada season 4 of Spa Q?? Saya rasa ada... tapi tolonglah... bestkanlah sedikit ceritanya. Kuatkan watak-watak especially watak Frieda yang saya rasa macam takde impact pun pada penonton. Watak Maya pun sama. Kerja dia nak bergaduh dengan Dafi tiap-tiap hari. Watak ni langsung tak mencabar Tiz sebagai seorang pelakon. Dia terlalu kaku bawa watak tersebut atau mungkin saya dah terbiasa dengan watak Nur dalam Nur Kasih. 13 eps tidak membuatkan kita menyukai Maya. Untuk Julia pun tak memberikan impact langsung... dan Ijoy sebagai Fahmi??? Pun tak sesuai kot... Hmmm.. tapi sape lah saya untuk memberikan comment kan?? Saya ni hanyalah seorang penulis yang takde nama... hmmmmm...... 

2. Script Baru

Sekarang ni I am the midst of writing a new script tapi...... tajuknya takde lahgi and itu membuatkan saya susah untuk menulis. Saya ni kena ada tajuk dulu so that saya boleh nampak cerita yang hendak ditulis. Saya dah janji dengan diri sendiri yang saya akan siapkan script tele tersebut dalam masa 3 hari. Boleh ke??? ERmmmm... Nak seribu daya.. Taknak seribu dalih kan?? Ayu!!! Jangan malas-malas!!! 

3. Cerekarama@TV3

Semalam saya menonton cerekarama @ TV3. Ceritanya adalah sebenarnya antara genre kegemaran saya. Romantic Comedy... I mean itu lah yang saya nampak bila tengok cerita tersebut. Tak tahu lah kalau sebenarnya bukan. Anyhow... that is not why I'm writing about. Saya nak tulis tentang Pengarahnya. Dia adalah seorang yang sangat berbakat. Seorang yang saya kagumi. Seorang yang saya tahu boleh hasilkan product yang berkualiti tapi.....hmmmmm....sayang. Dah 2 telemovienya yang saya tonton. Tuan Director!!! Kenapa lah kamu gadaikan bakat dan maruah kamu sebagai seorang "Director" dengan mengambil job tersebut? Ok.. mungkin kamu nak buat nama dulu ..tapi tolonglah... buat lah sesuatu yang "wahhhhh!!!". Sesuatu yang bila orang tengok.. Orang akan ingat. Kamu adalah seorang yang sangat berbakat dan I know you can do more! 


Thursday, April 15, 2010

Bila EDITOR tak baca SINOPSIS


Saya sekarang ni sedang co-write dengan Puan Mariana Hashim untuk 13 eps series tapi saya hanya buat 5 episode pertama sebab Puan Mariana sibuk... Jadi ok. Saya dah pun siap hantar 4 episode dan 4 episode tersebut dah pun diforwardkan kepada stesen tv yang berkenaan... 

Semalam saya dapat feedback berkenaan dengan skrip yang saya tulis... Hmmmm.... komen yang diberikan ada yang ok dan ada yang tak.... Ada yang saya puas hati... Ada yang saya tak berapa setuju... tapi yang paling lah saya bengang is when the editor comment benda yang tak masuk akal... dia tanya kenapa ini berlaku? kenapa nickname dia ni... apasal watak ni macam ni..

Oiiii!!! hello... awak ni tak baca sinopsis ke???? Apa ni?? Kata Editor... tapi bagi comment ntah apa-apa.... Saya tahu bila saya baca balik memang lah ada beberapa scene yang saya sendiri tak puas hati tapi sampai spelling error pun dia nak bising... apakah??

Jadi saya pun menjawablah setiap comment yang diberikan... Saya jawab dengan jujur dan ikhlas dan terangkan dengan sangat terperinci setiap apa yang saya rasa saya betul tapi rata-rata jawapan saya berikan adalah... "Please refer to synopsis!".. dan lagi satu.. saya diberitahu oleh producer yang dia mahukan cerita jadi sekian -sekian cerita lah kan.. watak dia macam mana.. scene dia macam mana.. bahasa macam mana.. Jadi kenapa apa yang stesen minta dengan apa yang producer minta tak sama??? Saya ni penulis... dibayar oleh producer...Jadi saya kena ikut yang mana?? Producer atau Stesen TV???


Tuesday, April 13, 2010

Snippets

  1. I am already 26 years old tapi masih lagi seorang yang pemalas nak buat kerja... haishhhh...
  2. Masalah dengan hubby dapat diselesaikan but I don't really feel so good as I kinda kenakan the girl jugak.. but again.. siapa suruh menggatal dengan suami saya kan?? Saya ni dah lah seorang isteri yang terer dalam hal mengenakan orang.. I am a writer kan? dan membuat skrip adalah kehidupan saya... jadi setakat nak berlakon sikit-sikit... alahai kacang je tu... but to the girl.. I'm Soreeeeee....
  3. Script Mimpi Sabrina tinggal lagi sikt je nak siap... tapi.. saya tetap malas... ishkkk... buat cepat habis cepat...payment pun cepat!! Jadik!! Jangan lah MALAS wahai Ayuni Zamani
  4. Oh!!! Saya ada twitter & sudah sedikit addicted dengannya... tapi rasa macam nak deactivate lah sebab... saya tak fikir punya twitter tu best....
  5. Saya masih sukakan Kim Kardashian... sebab... dia HOT!!!!
  6. Anak saya dah pandai berdiri sendiri!!! tapi dia kena berpaut pada something lah.. dan saya pula kena duduk belakang dia sebab takut dia jatuh.....
  7. Hmmmm..... saya dah lama tak shopping online... payment cepat lah masuk... saya nak shopping....
  8. Saya nak tengok Confessions of A Shopaholic... sebab saya baru tengok Iklan nya kat TV...
  9. Oh!! Saya sangat suka dengan Fasha Sandha.. Saya pun tak tahu kenapa (?)... Pelik ..pelik...
  10. Saya nak makan Teppanyaki!!! Saya sangat mahukan Teppanyaki!!! Saya nak Teppanyaki sekarang!!! ..... hahahha... boleh??
Anyway... I leave you guys with some pictures my son, Nufa'ael..... 







Wednesday, April 7, 2010

Chup!!! Apa ni???


Lately ni banyak juga benda yang berlaku yang membuatkan saya berfikir semula adakah wajar saya terus menjadi seorang penulis skrip. Menulis adalah minat saya... Menulis juga adalah punca pendapatan saya.. tapi semua yang berlaku ini membuat kan saya terfikir... adakah berbaloi saya menulis kalau tak dihargai? adakah perlu saya berterusan iya kan saja kata - kata orang yang tidak menghargai bakat dan masa saya? Apa ni... saya bukan baru semalam menulis... Ok lah.. nak kata dah lama sangat pun tak juga tapi saya lebih kurang tahu juga lah apa yang patut dan tak patut dilakukan.... Saya juga kenal dengan orang.. dengan producer..dengan director... dengan pelakon dan yang paling penting... saya juga kenal penulis skrip di Malaysia ni... Hmmm... anyway...korang mesti fikir kan apa yang berlaku sebenarnya yang membuatkan saya berfikir adakah menjadi penulis skrip ni berbaloi atau tak... Ok.. let me list it down. 

1. Seorang producer tersohor, saya letak nama dia sebagai MC lah ye... dia minta saya buat treatment 13 episode based on her story. Kiranya sinopsis dah ada lah ...so saya pun dengan hati yang terbuka buatlah... siap tolak job lain untuk buat sebabnya saya memang dah lama nak kerja dengan dia... Jadi bila dapat peluang..memang lah saya tak nak lepaskan... Jadi saya pun dengan semangatnya lah membuat treatment tersebut.... tapi yang sedihnya ialah bila saya kenal dengan etika kerjanya... pertama.. dia tidak pernah acknowledge apa yang saya emailkan. sekurang-kurangnya, reply dan cakap yang dia dah terima treatment saya... dan dia akan baca dan mungkin komen. Tp takpe.. saya tak kisah dan teruskan menulis dan menulis... dan menulis sampai siap 13 episod. Sampai siap... cuma sekali saya berjumpa dengan dia sebab dia nak suruh saya tukar sikit episode 1... and i did as per requested... lepas tu.... dia hilang sekejap.... bila dia muncul semula... tiba-tiba dia ckp tak jadi nak buat... itu pun tak beritahu saya... saya dapat tahu drpd PM yang sepatutnya buat projek ni... jadi saya pun hantar lah invois untuk setiap treatment yang saya buat... tk mahal... saya charge RM300 je per episode... tapi sampai sekarang dia masih buat tak tahu. Call tak, Email tak... nak jumpa memang lah tak kan... Jadi ini lah benda pertama yang buatkan saya sangat sakit hati dan mula memikirkan tentang adakah berbaloi kerjaya sebagai seorang penulis skrip ini....

2. Kes yang kedua... baru berlaku pagi tadi. Seorang director yang agak dikenali juga telah menelefon saya. Ok lah... nama dia saya letakkan sebagai S. Pagi2 buta dah call. Salam takde, hello takde...tiba-tiba nak maki saya pasal skrip yang saya buat dan dia sedang shoot... dia cakap skrip yang saya buat ni takde ciri - ciri KEMELAYUAN langsung... tidak punya ETIKA...tidak ALERT dengan hal KEAGAMAAN....Saya langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri saya... walhal... semasa pre production meeting dengan producer.. bila ditanya kalau ada yang dia mahu tukar atau yang dia tak puas hati.. si S ni cakap... I quote "For me.. this script is 99% PERFECT! I suka cerita dia. I suka humour  dia... n also I like the romantic n sweet scenes yang ada dalam script ni... Takde apa yang I nak tukar dah..." Jadi...saya pun suka hati lah kan? Siapa yang tak suka kalau orang ckp script kita 99% perfect kan? Jadi shooting pun bermula... dan dengan tiba2 je seminggu sekali dia call dan ckp dia nak tukar scene... ada yang saya ckp ok ada yang saya defend... dan hari ni..dia call dan cakap script saya tak boleh diguna pakai.. dan saya ni buat script hanya untuk dapat bayaran dan saya bukanlah seorang penulis yang berkarya...Look... daripada apa yang saya tulis ni... saya sendiri akan simpulkan bahawa ENCIK S adalah seorang director yang tidak membuat homework! Tidak baca script sebelum shooting dan hanya bergantung kepada AD & PM untuk buat breakdown. Sebab kalau dia baca dia tidak akan memaki saya pada hari yang dia nak shoot scene tersebut. apa ke bodoh sangat lah si S ni kan??? Jadi ini juga menjadi sebab saya berfikir lagi... Bila orang cakap yang saya menulis hanya untuk dapat wang... Saya jadi marah... sebab saya pernah try jadikan bayaran sebagai motivasi saya menulis... Sorry! Saya tak dapat berikan hasil yang baik... Jadi saya menulis sebab saya minat. Saya menulis sebab saya nak orang dapat sesuatu daripada apa yang saya cuba sampaikan... Kepada Tuan Director ini... baru-baru nisebuah cerita di slot legenda... terbitan sykt kamu... adakah itu melambangkan MELAYU? Adakah itu melambang etika masyarakat MALAYSIA? Sekurang-kurangnya cerita saya penuh dengan nilai kekeluargaan dan masyarakat walaupun saya akui mungkin kurang nilai keMelayuannya sebab.. treatment diberikan oleh pihak producer..saya tidak punya hak untuk menukar segalanya kecuali selepas beberapa kali meeting dan dengan sebab yang munasabah....

3. Sebab yang ketiga ini... saya tidak tujukan kepada sesiapa... sebab seperti yang saya katakan.. saya menulis bukan kerana bayaran yang tinggi atau lumayan (sebab kadang2 tak lumayan pun) tapi saya ni menulis sebagai kerjaya... saya beli susu anak... saya beli pampers anak.... saya bayar sewa rumah dan ansuran kereta menggunakan wang hasil penulisan saya.. tapi agak-agak lah nak bayar pun... walaupun saya ini mungkin co writer sahaja... takkan lah nak bayar saya harga seperti bayar budak baru belajar nak jadi penulis skrip... Saya dah ada track record... Hasil karya saya dah pun ditayangkan di ASTRO, di RTM 1 & 2, di TV3.... bayarlah ikut rate yang sebenarnya... jangan lah ingat saya diam... saya terima je... you pay peanuts you get monkey lah.. jangan lah berangan nak dapat elephant... kan??? 

Jadi ketiga-tiga perkara ni membuatkan saya berfikir... Wajarkah saya terus menjadi seorang penulis skrip..? Perlukah saya terus menantikan job-job yang besar untuk masuk?? Saya ada anak... Anak saya perlukan barang-barang yang banyak.... Dulu... saya ada ditawarkan kerja... Head of Drama Department untuk sebuah Production House... Gaji yang ditawarkan boleh dikatakan tinggi juga... itu belum masuk allowance kalau saya ke set atau outstation... tapi masa tu... anak saya masih terlalu kecil dan dengan hati yang berat... Saya tolak tawaran tersebut.. dan sejak hari tu.. saya tak berani nak pergi interview lagi...bukan nak bangga diri tapi saya tahu kemampuan saya.. dan setiap saya pergi interview... Saya MESTI ditawarkan kerja on the spot... Jadi selepas benda ni semua berlaku... saya terfikir..kenapa lah saya tak terima tawaran tersebut kan???? Hmmmm...... Apa lagi yang saya perlu lakukan? Saya ingin sekali menjadi seorang penulis yang dikenali... yang insya-allah akan menang anugerah satu hari nanti... tapi bolehkah semua itu tercapai????

Saturday, March 13, 2010

Untuk kawan aku....

Kau ingat aku ni hipokrit ke?
Kau cakap aku kena berubah untuk jadi kawan kau....
Habis kalau aku tak berubah..maknanya tak berpeluanglah aku nak kawan dengan kau...
Aku tahu siapa diri aku...
Aku tahu kemampuan aku...
Aku tahu apa yang aku mahu dalam hidup....
Kau tak perlu nak beritahu aku apa yang aku perlu atau tak perlu buat...
Ini hidup aku... 
Apa yang aku mahu adalah untuk kita kekal berkawan...
tapi kalau kau nak aku berubah untuk suit pada hidup kau...
Takpelah babe.... aku lebih rela sendiri...
Aku lebih senang begini kot...
Biarlah aku keseorangan dari menjadi seorang hipokrit...
Aku tahu kau bukan seorang hipokrit tapi perubahan pada kau amat ketara...
Aku tahu kau bukan lah kau yang aku kenal dulu...
Aku tahu kau makin matang dalam berfikir dan memilih kawan...
tapi aku kenal kau sebelum  ini semua...
Aku kenal kau sebelum kau menjadi kau yang sekarang...
Aku kenal hidup kau... aku kenal mimpi kau...
Aku kenal latarbelakang kau....
Perlukah aku sebut perkataan itu????
Takpelah... biar aku saja yang kau kata hipokrit...
Biar aku saja yang berterusan tidak punya ramai kawan...
Aku tahu diri aku... dan aku tahu diri kau...
Kau taknak kawan dengan aku... 
Takpe... 

Tuesday, February 23, 2010

Adakah saya ini anti sosial?

Semalam saya menghadiri perjumpaan penulis skrip at bernama... Thx Kak Mai sebab jemput..Anyway, kenapa saya rasa saya ni anti-sosial ya?? Saya tengok orang kat sana semua kenal each other..or at least they know who's who... tapi saya... hmmmm.... ok.. saya kenal Kak Mai... Saya nampak Ajami...dan yang lain - lain... alamak!! tak kenal lah... I mean... after the "perjumpaan" tu memang lah saya tahu.. Oh.. Ini lah Mazelan Manan... dan... oh.. Itu Zaini Kosnin.... tapi ... kenapa saya tak pergi berjumpa dan berbual dan memperkenalkan diri pada semua orang.... Malu kot? atau... dalam kepala masa tu... nak kena balik rumah sebab tinggalkan anak dengan mak... and mak pula cakap dia nak balik pukul 6... tapi masa tu baru pukul 5... n dari bernama to my house yang dah dekat... it's only about 15 minute.... hmmm.... mungkin saya ni anti sosial kot...wat do u think????

But again... congrats kepada Kak Mai dan Kak Faz yang bertungkus lumus mengumpulkan penulis skrip yang baru dan yang lama...For me... the meeting was a success... cuma saya je rasa macam anti sosial... maaflah ya wahai rakan - rakan penulis... saya bukan sombong... cuma malu tak bertempat.... :P

Thursday, January 28, 2010

Snippets



1. I am now working on two treatments yang sangat lain from each other so my kepala pun dah pening asyik bertukar - tukar cerita from one to the other


2. Nufa'ael dah nak masuk 6 bulan... He is the cutest baby boy ever.. (obviously I will say that since I'm his ibu...kan?? )


3. I am having a very bad flu ... dah masuk 4 hari dah but nak rest pun tak boleh.... :(


4. Oh!! i dah pindah to Bukit Antarabangsa... tapi boring sebab asyik kena duduk rumah dengan Nufa'ael sebab Zull sibuk kerja....


Well... i guess that's it for today.... Laters...

Monday, January 18, 2010

saya bukan robot

saya bukan robot...

janganlah push saya...
saya kena jaga anak..
saya kena kemas rumah...
saya juga kena menulis...
saya tahu kerja saya..
saya tahu apa yang penting...
janganlah paksa saya...
janganlah push saya...
saya ni sorang je...
kalau boleh saya clonekan diri saya..
memang saya buat...
sekali lagi, 
saya bukan robot!
SABARLAH!!!


ps : nak cepat... buat lah sendiri ye?