Kau ingat aku ni hipokrit ke?
Kau cakap aku kena berubah untuk jadi kawan kau....
Habis kalau aku tak berubah..maknanya tak berpeluanglah aku nak kawan dengan kau...
Aku tahu siapa diri aku...
Aku tahu kemampuan aku...
Aku tahu apa yang aku mahu dalam hidup....
Kau tak perlu nak beritahu aku apa yang aku perlu atau tak perlu buat...
Ini hidup aku...
Apa yang aku mahu adalah untuk kita kekal berkawan...
tapi kalau kau nak aku berubah untuk suit pada hidup kau...
Takpelah babe.... aku lebih rela sendiri...
Aku lebih senang begini kot...
Biarlah aku keseorangan dari menjadi seorang hipokrit...
Aku tahu kau bukan seorang hipokrit tapi perubahan pada kau amat ketara...
Aku tahu kau bukan lah kau yang aku kenal dulu...
Aku tahu kau makin matang dalam berfikir dan memilih kawan...
tapi aku kenal kau sebelum ini semua...
Aku kenal kau sebelum kau menjadi kau yang sekarang...
Aku kenal hidup kau... aku kenal mimpi kau...
Aku kenal latarbelakang kau....
Perlukah aku sebut perkataan itu????
Takpelah... biar aku saja yang kau kata hipokrit...
Biar aku saja yang berterusan tidak punya ramai kawan...
Aku tahu diri aku... dan aku tahu diri kau...
Kau taknak kawan dengan aku...
Takpe...
No comments:
Post a Comment