Sunday, 18 April 2010

Spa Qistina, Script Baru & Cerekarama@TV3

1. Spa Qistina season 3 @ astro

Dengan penuh semangat dan keterujaan.. saya pun langgan lah ABO @ astro semata - mata sebab nak tengok season 3 of Spa Q... tapi hampa... ceritanya sangat tak best. Script longgar. Conty banyak sangat yang lari. Jalan cerita tak best dan sorry to say.. Qistina is NK and NK is Qistina. Maaf..tapi Nanu tak berjaya nak bawak watak tersebut. Mungkin saya tak puas menonton Spa Q sebab dipendekkan jadi 13 eps dan ceritanya terpaksa dicompactkan untuk dihabiskan dalam jangka masa yang pendek. Mungkin sebab sebelum ni dah terbiasa dengan 60 eps of Spa Q. 60 hari of watching the drama dalaman keluarga Qistina. Hmmmm.... apakah akan ada season 4 of Spa Q?? Saya rasa ada... tapi tolonglah... bestkanlah sedikit ceritanya. Kuatkan watak-watak especially watak Frieda yang saya rasa macam takde impact pun pada penonton. Watak Maya pun sama. Kerja dia nak bergaduh dengan Dafi tiap-tiap hari. Watak ni langsung tak mencabar Tiz sebagai seorang pelakon. Dia terlalu kaku bawa watak tersebut atau mungkin saya dah terbiasa dengan watak Nur dalam Nur Kasih. 13 eps tidak membuatkan kita menyukai Maya. Untuk Julia pun tak memberikan impact langsung... dan Ijoy sebagai Fahmi??? Pun tak sesuai kot... Hmmm.. tapi sape lah saya untuk memberikan comment kan?? Saya ni hanyalah seorang penulis yang takde nama... hmmmmm...... 

2. Script Baru

Sekarang ni I am the midst of writing a new script tapi...... tajuknya takde lahgi and itu membuatkan saya susah untuk menulis. Saya ni kena ada tajuk dulu so that saya boleh nampak cerita yang hendak ditulis. Saya dah janji dengan diri sendiri yang saya akan siapkan script tele tersebut dalam masa 3 hari. Boleh ke??? ERmmmm... Nak seribu daya.. Taknak seribu dalih kan?? Ayu!!! Jangan malas-malas!!! 

3. Cerekarama@TV3

Semalam saya menonton cerekarama @ TV3. Ceritanya adalah sebenarnya antara genre kegemaran saya. Romantic Comedy... I mean itu lah yang saya nampak bila tengok cerita tersebut. Tak tahu lah kalau sebenarnya bukan. Anyhow... that is not why I'm writing about. Saya nak tulis tentang Pengarahnya. Dia adalah seorang yang sangat berbakat. Seorang yang saya kagumi. Seorang yang saya tahu boleh hasilkan product yang berkualiti tapi.....hmmmmm....sayang. Dah 2 telemovienya yang saya tonton. Tuan Director!!! Kenapa lah kamu gadaikan bakat dan maruah kamu sebagai seorang "Director" dengan mengambil job tersebut? Ok.. mungkin kamu nak buat nama dulu ..tapi tolonglah... buat lah sesuatu yang "wahhhhh!!!". Sesuatu yang bila orang tengok.. Orang akan ingat. Kamu adalah seorang yang sangat berbakat dan I know you can do more! 


1 comments:

Miss Brat said...

Nasib baik I tak tengok cerekarama tu, I think dia dah hilang touch la, tu sebab mengarah macam tu and balik2 muka tu jugak yg berlakon dgn dia.

Post a Comment